Tuesday, 27 November 2012

Bouganvillea(bunga kertas)

 mempunyai pelbagai warna.

 warna birukundang(Purple)
 2 warna berbeza
bunga kertas berasal dari Ngara Brazil.di jumpai oleh Komandan Laut LOUIS ANTONIO BAUGAINVILLEA.Botanis yang bersama nya menamakan pokok ini dengan nama Bouganvillea.nama bunga kertas diambil dari sifat bunganya yang nipis dan berlapis bunga kertas di jumpai pada tahun 1789.
  • bunga kertas senang dibiakkan melalui keratan batangnya.
  • terdapat 200 spesis bunga kertas.
  • bunganya mempunyai pelbagai warna.
  • memerlukan pencahayaan matahari secukupnya .
  • dahan dan pokoknya mempunyai duri.
  • menjadi hiasan landskap dan penggemar2 pokok hiasan kerana berbunga sepanjang tahun.
  • apabila pokok bunga kertas berbunga kebiasaanya daunnya akan gugur meninggalkan hanya bunga~bunga yang mekar.bunganya tahan lebih kurang 2~3 minggu.
  • mudah berbunga~berbunga di hujung tankai.
  • bercabang ~perlukan cantasan dan boleh di jadikan pokok hiasan bonsai.
  • untuk penyuburan taburkan baja daun dan baja bunga mengikut masa yang di tetapkan.~summerdaisy~

Anggerik(orcid)

 anggerik atau orcid lebih di kenlali sebagai orkid.orkid juga  ialah bunga Kebangsaan Singapura.orkid Cattleya mempunyai pelbagai warna .bunga orkid juga ada yang berbau harum.
 anosmon
 cornu cevi
 genting blue
 dorittis putih
 mini palma
 nodoso.
Orkid ialah famili terbesar pohon berbunga.lebih kurang 22,000 atau 25,000 spesis orkid ditemui di dunia.
orkid juga boleh hidup subur di tanah,batu dan arang selain menumpang di dahan pohon~pohon hutan.
orkid HIBRID menjadi kegilaan penggemr~penggemar orkid ada beberapa faktor mengapa orkid hibrid menjadi pilihan.
  • tahan penyakit (tahan lasak berbanding orkid spesis~orkid hutan)
  • bunga yang lebih besar.(mempunyai pelbagai warna)
  • jangka hayat bunga yang tahan lama.
  • senang di rawat di biakkan.
  • harga lebih murah berbanding orkid hutan.
  • sesuai untuk jualan melalui keratan batang.
orkid monyet(dracula simia)
di jumpai di  Peru dan Ecuador.
  • di jumpai pada ke tinggian 2000 meter di hutan Peru dan Ecuador.
  • mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penggemar2 orkid.
  • mempunyai pelbagai warna berbau seperti limau yang ranum.
  • di jumpai pada tahun 1978.
  • mendapat namanya dari rupanya seperti seekor monyet manakala taring nya yang menjulur kebawaah seperti TARING DRACULA.
~Jika inginkan info yang lebih lanjut lagi tentang orkid, layarilah laman penjagaan orkid.ada banyak info yang menarik tentang orkid.~summerdaisy~

bunga raya(Hibiscus Rosasinesis)

bunga raya juga di kenali sebagai Bunga Sepatu atau Kembang Sepatu.
bunga raya berlapis.
yang biasa dilihat..
King Kalakau...
warna merah jambu(pink)
bunga raya telah di istiharkan sbagai Bunga Kebangsaan Tanah Melayu pada tahun 1960.Kementerian Pertanian Malaysia juga mencadangkann beberapa jenis bunga seperti bunga kenanga,bunga cempaka,bunga melor bunga teratai dan bunga tanjung.Namun kata sepakat telah dicapai menjadikn Bunga Raya sebagai BUNGA KEBANGSAAN TANAH MELAYU.
  • antara 200 hingga 300 spesis yang telah dijumpai.
  • hidup subur di kawasan Tropika dan Separa Tropika.
  • berbunga besar  ,kelopaknya agak lembut dan mempunyai stigma.
  • tidak berbau ,bunganya ada yang berlapis dan tidak berlapis.
  • Bunga Raya juga di gunakan sebagai penggilat kasut di India.
  • pelbagai Hibrid telah dihasilkan.
  • berbunga sepanjang tahun.berbatang dan bercabang.
  • spesis asal nya senang di biakkan.~summerdaisy~

Sunday, 25 November 2012

Bunga Cina

 buai laju~laju samapai pokok sena.
apa dalam baju sekuntum bunga cina~pantun dua kerat yang sering di nyanyikan di zaman kanan~kanak suatu masa dahulu bila bermain buaian .pastinya buian bukan di taman ~taman yang canggih sekarang ini.taman buaian kanak ~kanak di masa lalu hanyalah di bawah pohon ~pohon kayu yang merimbun.contoh nya pokok sena(Angsana)di dahan pohon buah~buahan yang pastinya dedaunan pohon itu boleh di buat teduhan dari cuaca panas.(story zaman bebudak)
 pantun dua kerat bunga cina ~pantun orang melayu.bunga cina juga di kenali sebagai bunga susun kelapa atau susun piring.mungkin bunga cina ini sinonim dengan orang melayu berbagai nama di gelarkannya.nama lain bagi bunga cina ialah GARDENIA AUGUSTA MERR.
  • berbau harum.
  • berwarna putih bersih dan kekuningan bila sudah mekar selama seminggu.
  • bunganya bertahan selama lebih kurang seminggu
  • berdaun hijau merimbun.
  • bercabang dan berbatang keras.
  • senang di biakkan melalui keratan batang.
  • memerlukan penyiraman air secukupnya.
  • jika mahu mengambil anak nya yang tumbuh di sebelah pokok asal pastikan lakukan dengan berhati ~hati supaya tidak luka akarnya.
  • kuntuman bunganya boleh dijadikan aromaterapi kerana baunya yang sungguh harum.~summerdaisy~

baru nak berkenalan...

 Bunga Camellia?summerdaisy belum pernah lagi bersua,berjumpa apatah lagi melihatnya.dari maklumat yang dipaparkan di internet dan melalui wikipedia dapatlah summerdaisy
 mengenali bunga ini .Bunga Camellia juga dikatakan berbau harum,ada juga yang tidak berbau .dari kecantikkan bunga dan warnya pasti akan menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.
  • Bunga Camellia adalah dari famili Theaaceae.
  • tumbuhan bercabang dan berbatang keras.
  • pokoknya boleh hidup tinggi beberapa meter(kurang pasti).
  • berdaun hijau dan keras seperti daun teh.
  • hidup subur ditanah tinggi seperti Cameroon Higland.
  • terdapat lebih kurang 20,000 bunga hibrid Cammelia di hasilkan.
  • mudah didapati di kawasan Himalaya,Jepun,ditimur dan selatan Asia dan di Indonesia.
  • terdapat 100~250 telah di temui.
 camellia red
 camellia pink
 camellia white


 berbunga sepanjang tahun....
berlapis~lapis dan ada juga yang tidak berlapis.kenyataan di internet mengatakan yang cantik tidak berbau harum atau mungkin yang tidak berlapis berbau harum.kalau ada kenyataan yang salah tentang bunga camellia ini harap maaf kerana summredaisy belum pernah bertemu dengan si camellia ni lagi~summer daisy~

jom ke taman bunga..

marilah ke taman bunga.sambil cuci mata boleh juga mengenali beberapa jenis bunga yang belum kita kenali. di zaman serba maju ini anda akan sering terbaca tentang teknologi hibrid,bunga hibrid.kalau pertama kali mendengarnya bunga hibrid tu jenis apa ye?senang ceritanya kalau tak salah le,bunga hibrid itu  ialah bunga kacukkan atau dari segi sainsnya ianya dihasilkan dengan teknologi SILANG.BUNGA HIBRID ialah hasil daripada teknologi moden dan kepintaran insan yang ingin sesuatu bunga itu lebih cantik ,tahan penyakit dan lebih lagi....Sementara bunga yang asal atau bunga spesies ialah hasil dari anugerah MAHA PENCIPTA alam ini.kalau ke Nuresry rajin~rajinlah tanya TAUKEH NURSERY~itu ,ini bla,bla,bla...sedikit informasi dari taukeh nursery boleh di kongsikan bersama rakan~rakan.

bunga dan minyak wangi

semenjak dari zaman dahulu kala lagi bunga menjadi bahan utama pembuatan minyak wangi.bunga~bunga dipetik dan di kumpulkan atau di jual kepada pembuat minyak wangi.bunga ~bunga yang harum seperti bunga melor,bunga ros  antara yang selalu digunakan dalam proses membuat minyak  wangi. minyak wangi di gunakan untuk memanja~manjakan diri dan boleh menhindarkan bau  badan yang tak disenagi.~summerdaisy~