Wednesday, 28 November 2012

daun begonia rex

pelbagai daun begonia rex~warna dan bentuk yang berbeza.2 cara yang mudah pembiakkan BEGONIA REX.
  • MELALAUI DAUN~caranya ambil daun bersetakan tangkainya lebih kurang 3cm.benamkan kedalam media humus.dalam masa 2 minggu anak tunas akan kelihatan.
  • MELALUI KERATAN TUNAS~potong tunas atau pucuk muda tinggalkan hanya 2~3 helai daun.benamkan dalam media humus .cara kedua ini lebih senang membiak .~summerdaisy~
  

Begonia sp~Asam batu

 begonia dari famili begoniaceae berasal dari Amerika Selatan.Tumbuh subur didalam hutan~hutan dan tanah lembab.di masa ini di biakkan dan di jadikan pokok hiasan .kerana pohon ini jenis berbunga.
  • lebih kurang 15000 spesis bunga begonia.
  • daunya berbentuk hati dan ada yang berbulu halus.
  • mempunyai pelbagai warna yang menarik.
  • Begonia terbahagi kepada  2 jenis;berdaun dan jenis berbunga.
  • jenis berdaun mempunyai batang menegak dan berbunga jenis yang menjalar.
  • tidak perlu air berlebihan namun tidak juga boleh kekurangan air.
  • walaupun lebih sesuai di tempat redup Begonia juga perlukan cahaya matahari.
  • hidup subur di tanah lembab.
  • Di katakan bahawa pohon begonia boleh di gunakan untuk perubatan. (pokoknya mempunyai saponin).daunnya kalau di gigit dan terasa masam.
  • daun nya berlilin atau licin.
  • berbunga dari bulan jun ~september dan september hingga november.
  • sesuai menggunakan baja cecair baja biji kurang sesuai.
  • cara pembiakakn nya dengan membelah rumpunnya dan melalui keratan batang.
  • pokok Bunga Begonia yang selalunya ditanam di Malaysia ialah BEGONIA REX.~summerdaisy~